fbpx

Gempa bumi landa Kepulauan Ryukyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Ryukyu tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana dilaporkan melanda Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 1.51 tengah hari.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa tersebut berukuran 5.2 magnitud.

“Kejadian berlaku di 29.2 darjah Utara dan 129.1 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Ia terjadi 300 km Barat Daya dari Kagoshima,” lapor MetMalaysia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI