fbpx

F1: Hamilton sudah kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON meraih tempat keempat GP Austria kelmarin dan masih gagal menaiki sebarang podium musim ini. - AFP

SPIELBERG – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton berharap Ferrari melupakan hasrat memburu kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini dan mengalihkan sepenuh tumpuan kepada musim 2026 disebabkan peraturan baharu bakal diperkenalkan selepas ini.

Biarpun Hamilton dan rakan sepasukan, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di podium tempat ketiga serta keempat Grand Prix (GP) Austria kelmarin, jurang prestasi dengan McLaren terlalu jauh.

McLaren terus mendominasi perlumbaan di Litar Red Bull Ring selepas melakar kemenangan 1-2 menerusi dua pemandu terbaiknya, Lando Norris dan Oscar Piastri.

Hamilton percaya usaha memburu kejuaraan 2025 mungkin menjadi sia-sia, justeru menuntut pasukannya itu memberi keutamaan kepada pembangunan jentera musim depan.

“Kita seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembangunan kereta musim depan. Saya tahu Mercedes sudah pun menumpukan pada tahun depan.

“Kuncinya nanti adalah pembangunan enjin serta komponen lain terutama Ferrari dalam membina jentera lebih stabil.

“Saya sedang bekerjasama dengan jurutera bagi membetulkan beberapa isu pada kereta ini kerana ada beberapa masalah yang perlu diperbaiki menjelang musim depan,” katanya.

Peraturan baharu F1 2026 dijangka mengubah landskap perebutan gelaran dunia, termasuk penggunaan bahan api lestari sepenuhnya, bakal menyaksikan kereta lebih ringan dan sistem hibrid yang lebih maju.

Hamilton turut mengakui sedang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan karakter pemanduan jentera Ferrari SF-25 yang jauh berbeza dengan kereta dipandunya bersama Mercedes.

“Saya masih bergelut dengan imbangan kereta. Leclerc memandu kereta yang sangat agresif dan tidak berdepan masalah tayar. Saya tidak mahu ambil masa terlalu lama untuk kuasai jentera ini,” ujarnya.

Ferrari ketika ini ketinggalan lebih 200 mata di belakang McLaren dalam carta keseluruhan pengeluar, sekali gus menyukarkan misi untuk sekurang-kurangnya menamatkan musim di tempat kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI