fbpx

EPL: Klopp bimbang nasib Wirtz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIRTZ tiba di Anfield sebagai pemain termahal pernah dibeli Liverpool dan perlu memberikan aksi menepati tanda harganya. - AFP

LIVERPOOL – Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyuarakan rasa bimbang berhubung masa depan pemain baharu pasukan itu, Florian Wirtz sekiranya dia gagal menampilkan aksi seperti diharapkan.

Hadir dengan nilai perpindahan rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) £116 juta (RM668.38 juta), pemain antarabangsa Jerman itu pastinya memikul tekanan cukup besar bagi memastikan tanda harga itu berbaloi.

Klopp berkata, mana-mana pemain sentiasa sedar dengan jangkaan tinggi yang diletakkan terhadap mereka setiap kali berhijrah pasukan baharu, lebih-lebih lagi melibatkan yuran perpindahan tidak masuk akal seperti itu.

“Tidak ada persoalan lagi bahawa nilai perpindahan itu merupakan sesuatu yang ‘gila’. Bagaimanapun, pemain di Liverpool sentiasa sedar jika mereka gagal beraksi baik dalam dua atau tiga perlawanan.

“Memang dia merupakan pemain yang sangat hebat dan saya pernah mengaku untuk meninggalkan Liverpool jika kami membayar £100 juta (RM576.16 juta) bagi seseorang pemain, tetapi keadaan sudah berubah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak sabar untuk melihat sama ada Wirtz mampu memberikan nilai tambah buat The Reds ataupun tidak menjelang saingan musim baharu yang dijadualkan bermula Ogos depan.

“Wirtz boleh memberikan kelebihan kepada mana-mana pasukan yang disertainya, tetapi kita masih belum tahu sama ada dia boleh memperkasakan Liverpool ataupun tidak. Saya tidak sabar untuk menyaksikannya,” ujar Klopp. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI