fbpx

CWC: Jelmaan Raul julang kejayaan Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCIA meraikan jaringannya menewaskan Juventus 1-0 untuk mara ke suku akhir kejohanan. - AFP

MIAMI – Pengendali Real Madrid, Xabi Alonso gembira pasukannya semakin matang untuk lolos ke peringkat suku akhir saingan Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Juventus 1-0 di Stadium Hard Rock awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Galacticos diberikan tentangan sengit oleh Juventus sebelum penyerang muda, Gonzalo Garcia yang disebut-sebut seperti jelmaan legenda pasukan, Raul Gonzalez Blanco, muncul wira apabila meledak gol tunggal pada babak kedua.

Kata Alonso, keputusan tersebut memberi semangat baharu buat pasukan untuk tampil lebih cemerlang selepas mara ke pusingan lapan kelab terbaik menentang Borussia Dortmund pada Sabtu ini.

“Ini adalah keputusan yang menarik kerana kami berada di peringkat kalah mati dan hanya kemenangan membawa kami ke pusingan seterusnya. Cuma, kelemahan utama adalah ketumpulan jentera serangan kerana kami boleh menjaringkan lebih banyak gol.

“Namun, saya faham pemain masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan taktikal baharu dan saya gembira mereka tahu bila masa untuk melakukan asakan dan bila perlu perlahankan rentak perlawanan,” katanya.

Sementara itu, Alonso berharap Garcia dapat terus kekal bersama pasukan pada kempen musim depan selepas mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kempen Piala Dunia Kelab bagi mengisi posisi Kylian Mbappe yang mengalami kecederaan.

“Saya sangat teruja dengan impak Garcia selepas meledak tiga gol dalam empat aksi dan mahu dia kekalkan momentum sama. Dia bukan sahaja mampu menjaringkan gol, malah membuka ruang dan mencipta peluang buat rakan-rakan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI