fbpx

[VIDEO] ‘Selama ini kena tipu rupanya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tular tersebut yang dikongsikan pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial seolah-olah menyifatkan diri mereka sudah tertipu selepas tular satu rakaman video memaparkan sebuah jentera backhoe meluncur laju di jalan raya.

Video berdurasi 34 saat yang dimuat naik pengguna TikTok @abgbekeng itu memaparkan jentera berat berkenaan dipandu dengan kelajuan luar biasa seperti sedang ‘drift’.

Apa yang lebih mengejutkan, rata-rata netizen tidak menyangka bahawa jentera yang selama ini disangka ‘siput’ mampu bergerak sepantas itu.

“Selama ini kena tipu rupanya. Ingatkan backhoe tak boleh laju, rupa-rupanya bila dia nak, dia boleh ‘terbang’,” tulis Azizi.

“Macam mana backhoe boleh drift? Aku tengok macam Fast & Furious versi kampung,” komen Lailaaa.

“Oh, boleh laju ya? Selama ini sengaja lah lambat-lambat? Sengaja bagi orang beratur panjang belakang,” kata Aennn.

Video berkenaan telah meraih lebih 680,000 tontonan dan 23,500 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@abgbekengHarini lambat sikit post boleh kan😂

♬ som original – Movimento Reggae Parnarama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI