fbpx

[VIDEO] ‘Abang Almera, pemandu paling sabar di Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keadaan pintu kereta yang kemik akibat dihempap sebuah motosikal.

PETALING JAYA – Sikap tenang dan sabar yang ditunjukkan oleh seorang pemandu kereta walaupun kenderaannya mengalami kerosakan akibat dihempap motosikal di Terowong Menora, Perak mendapat pujian ramai di media sosial.

Menerusi satu perkongsian oleh Atok Ali Khayra menunjukkan kejadian itu melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang secara tidak sengaja menghempap pintu bahagian penumpang sebelah kanan sebuah kereta jenis Nissan Almera, sehingga menyebabkan ia kemik.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah reaksi spontan pemandu berkenaan yang tidak marah atau bertindak mengikut emosi, sebaliknya kekal tenang dan hanya meminta rakaman insiden daripada orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

“Pemandu yang paling sabar di Malaysia, kereta kemik pun ‘cool’ (tenang) sahaja,” tulisnya pada bahagian kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengagumi sikap pemandu tersebut yang disifatkan berhemah dalam mengendalikan situasi.

“Kereta dia yang kena tapi ‘rilex’ (santai) sahaja dengan senyum lagi. Bermakna dia baik sangat nampak okay sahaja dan faham penunggang motosikal itu tak sengaja,” komen Zaliha886.

“Masih wujud rupanya orang yang bertolak ansur, besar bagi kita tetapi kecil bagi dia mungkin. Semoga dimurahkan rezeki abang itu,” balas Adam Daniel.

Sementara itu, orang ramai turut berpendapat penunggang motosikal terbabit sepatutnya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku.

“Sepatutnya tuan punya motosikal kena bertanggungjawab, bayar ganti rugi, jangan jalan macam itu sahaja,” ujar Zamri.

“Mungkin abang motosikal dengan ‘owner’ (pemilik) kereta ini sudah bincang tepi tentang ganti rugi, lagi pula macam tidak teruk sangat juga keadaan kereta,” kata Caca. – KOSMO! ONLINE

@atokalikhayraKejadian berlaku berhampiran Terowong Menora dari arah utara ketika jem lekat jam 3 ptg tadi 30.6.2025

♬ bunyi asal – Atok PC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI