fbpx

Trump batal semua sekatan ke atas Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump berjabat tangan dengan Ahmed sambil disaksikan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa pertemuan di Riyadh pada 14 Mei lalu. – AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump secara rasmi membubarkan sekatan Amerika Syarikat terhadap Syria, dengan harapan dapat mengintegrasikan semula negara yang musnah akibat perang itu ke dalam ekonomi global ketika Israel mempertimbangkan hubungan dengan kepimpinan baharu Damsyik.

Trump menarik balik kebanyakan sekatan terhadap Syria pada Mei lalu, bertindak balas kepada rayuan Arab Saudi dan Turkiye  selepas bekas gerila dipimpin Ahmed al-Sharaa mengakhiri pemerintahan keluarga Bashar Al-Assad selama setengah abad.

Dalam perintah eksekutif, Trump menamatkan ‘darurat nasional’ berkuat kuasa sejak 2004 yang mengenakan sekatan meluas ke atas Syria, menjejaskan kebanyakan institusi kendalian Damsyik termasuk bank pusat.

“Tindakan ini mencerminkan visi presiden untuk memupuk hubungan baru antara Amerika Syarikat dan Syria yang stabil, bersatu dan berdamai,” kata Setiausaha Negara Marco Rubio dalam satu kenyataan.

Rubio berkata,  beliau akan memulakan proses untuk menarik balik penyenaraian Syria sebagai negara penaja keganasan, penetapan sejak 1979 yang telah sangat menghalang pelaburanke negara itu.

Beliau juga akan mempertimbangkan untuk membatalkan klasifikasi pengganas Sharaa dan pergerakannya,  Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang  dikaitkan dengan Al-Qaeda. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI