fbpx
AFREENA menegur sikap Along Cham bercakap seperti terlalu mengikut emosi semasa prosiding dalam kamar mahkamah hari ini.

‘Tak perlu beri gelaran menjatuhkan, bertindak seperti di jalanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Tidak puas hati, isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham, iaitu Afreena Suhaimi menyelar sikap suaminya yang disifatkan tidak menghormati mahkamah apabila mengeluarkan kata-kata tidak wajar sepanjang prosiding.

Menurut Afreena, 33, setiap individu seharusnya menunjukkan kematangan, lebih-lebih lagi apabila berdepan urusan perundangan yang melibatkan maruah dan kehormatan keluarga.

“Kita sepatutnya selesaikan perkara ini dengan waras, bukan emosi. Tak perlu menghina atau beri gelaran yang menjatuhkan maruah orang lain.

“Gelaran tidak sesuai itu menggambarkan mentaliti seseorang. Bila di mahkamah, hormatilah ruang dan peraturan. Bukan bertindak seperti sedang berada di jalanan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut, Afreena berkata fokus utama kini bukan lagi pergaduhan, sebaliknya mempercepatkan penyelesaian kes perceraian mereka yang sudah tertangguh sejak tahun lalu.

“Talak sudah dilafazkan pada Jun 2024. Tapi sampai sekarang masih belum selesai. Saya tak faham mengapa kes ini berlarutan begitu lama.

“Saya penat. Saya nak tutup buku ini. Masing-masing ada hidup, ada karier. Tak perlulah terus bertikam lidah depan orang ramai,” ujarnya pada prosiding kedua pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.

Selain menegur sikap tidak profesional di mahkamah, Afreena juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia berlaku curang sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

“Kalau saya sibuk dengan kerja dan urusan sendiri, itu bukan curang. Saya tak pernah curang dengan dia. Tuduhan itu sangat berat dan tak berasas.

“Saya tahu siapa diri saya, dan orang sekeliling pun tahu saya macam mana,” tegasnya.

Terdahulu, Afreena turut mendakwa rumah tangganya bersama Along sudah bergolak sejak dua bulan selepas mendirikan rumah tangga pada 4 April 2023. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Along selepas bercerai dengan penyanyi Zila Saeron pada 2016.

Hasil perkahwinan terdahulu, Along mempunyai seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini berada di bawah jagaannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI