fbpx

‘Tak faham curang bagaimana Along maksudkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFREENA mendakwa kenyataan Along hanyalah satu tuduhan.

SEPANG – Isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham, Afreena Suhaimi menafikan tuduhan kononnya dia berlaku curang sehingga membawa kepada kemelut rumah tangga mereka.

Afreena Suhaimi, 33, tampil mempertahankan diri dan menyifatkan dakwaan dibuat suaminya itu sebagai tidak berasas serta tidak diketahui puncanya.

“Saya tak tahu macam mana isu curang itu boleh timbul.

“Saya menafikan sebab saya tak pernah curang dengan dia. Itu semua hanyalah tuduhan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.

Jelas Afreena, definisi curang bagi Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, juga mengelirukan dan langsung tidak berlandaskan realiti.

“Dia cakap definisi curang itu ialah menipu. Tapi bagi saya, curang bermaksud menjalin hubungan sulit dengan orang lain.

“Kami sendiri tidak faham curang yang bagaimana dia maksudkan,” ujarnya pada prosiding kedua pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.

Tambahnya lagi, kesibukan kerja serta komitmen terhadap karier membataskan dirinya daripada melakukan perkara tidak berfaedah seperti yang didakwa.

“Saya terlalu sibuk, aya ada kerja dan karier yang perlu saya kejar.

“Saya tak ada masa nak buat benda-benda macam tu,” jelasnya.

Mengulas tuduhan Along yang mendakwa dia mengabaikan anak, Afreena hanya mampu beristighfar dan melahirkan rasa kecewa.

“Saya rasa perkara ini tidak ada kena mengena dengan kes kami.

“Orang yang kenal saya tahu saya memang jaga anak-anak. Emak mana sanggup buang anak?” tegasnya.

Terdahulu, Afreena pernah mendedahkan rumah tangga mereka sudah bermasalah sejak dua bulan selepas berkahwin. Malah, dia turut mendakwa pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai tahun lalu.

Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2023. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Along selepas bercerai dengan Zila Saeron pada 2016.

Hasil perkahwinan terdahulu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI