fbpx

PAU 2025 ditangguh ke November, fokus hadapi PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MKT UMNO hadir pada mesyuarat yang berlangsung di Menara Dato’ Onn, malam ini. Foto Facebook Asyraf Wajdi.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 23 Ogos depan, kini ditangguhkan kepada 26 hingga 29 November 2025 bagi memberi laluan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan hari ini.

Menurut beliau, penangguhan itu bertujuan memastikan seluruh kekuatan parti dapat digerakkan secara penuh untuk menghadapi PRN yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

“Fokus utama ketika ini adalah memastikan ahli-ahli parti bersiap sedia sepenuhnya, dengan segala kekuatan dikerah untuk memastikan kemenangan berpihak kepada UMNO,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, malam ini.

Dalam perkembangan lain, UMNO turut menzahirkan penghargaan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan UMNO Perak atas tindakan pantas membantu mangsa dalam tragedi kemalangan bas di Gerik, Perak baru-baru ini.

“UMNO merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Tragedi ini amat menyayat hati, dan kami akan terus bersama rakyat dalam menghadapi detik luka ini.” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI