fbpx

MotoGP: Marquez tempelak tuduhan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ memiliki kelebihan 68 mata selaku pendahulu saingan MotoGP selepas mencatat kemenangan di GP Belanda kelmarin. - AFP

ASSEN – Pelumba Ducati, Marc Marquez dilihat mula hilang sabar dan menempelak ada pihak yang menuduh pencabarnya sengaja ‘memberi laluan’ mudah bagi membolehkannya meraih kemenangan selepas mengungguli Grand Prix (GP) Belanda kelmarin.

Kemenangan itu membolehkan Marquez terus selesa mendahului kejuaraan dengan kelebihan 68 mata selepas melakar enam kemenangan selepas 10 pusingan perlumbaan.

Bagaimanapun, Marquez menyelar tohmahan tidak berasas tersebut yang menyebut adiknya, Alex Marquez sengaja tidak mencabarnya habis-habisan dalam beberapa perlumbaan sebelum ini.

“Mereka di luar sana kena hormat semua pelumba. Semalam (Sabtu) dalam media dah mula cakap, ‘adik kamu tak serang kamu macam pelumba lain’.

“Hari ini, kenapa pula Marco (Bezzecchi) tak serang saya? Sebenarnya, litar ini sempit dan kalau pelumba di depan sama laju, memang mustahil nak memintas.

“Ketika perlumbaan pecut saya bertahan sehabis baik berdepan Alex dan hari ini (kelmarin) saya lakukan perkara sama terhadap Marco (Bezzecchi). Saya kuat di zon brek dan itu sudah cukup,” kata Marquez.

Bezzecchi menamatkan saingan di tempat kedua, manakala juara bertahan Francesco Bagnaia bangkit daripada kedudukan keempat untuk melengkapkan podium buat Ducati.

Dalam perkembangan lain, pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez disahkan mengalami keretakan pada tulang kedua tangan kiri dan dijangka menjalani pembedahan di Madrid dalam masa terdekat.

Kecederaan tersebut dijangka menyukarkan Alex untuk pulih sepenuhnya dalam tempoh singkat, apatah lagi beliau akan menghadapi Grand Prix Jerman yang akan berlangsung pada 13 Julai ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI