fbpx

Mohd. Shuhaily mahu AKPS beri impak segera pada masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika melapor diri sebagai Ketua Pengarah AKPS di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang baharu, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berazam memastikan peranan AKPS dapat memberi impak kepada masyarakat dalam masa terdekat.

Menurutnya, ia juga seiring dengan hasrat yang diinginkan oleh kerajaan ketika ini.

“Kami akan memastikan AKPS ini dapat dilihat secara fizikal dalam masa terdekat dan impak kepada masyarakat seperti digambarkan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas melapor diri hari pertama sebagai Ketua Pengarah AKPS di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Katanya, beliau telah bertemu dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman, pagi ini bagi menerima beberapa mandat termasuk menyelesaikan perkara berkaitan pentadbiran secepat mungkin.

Mohd. Shuhaily berkata, beliau telah diamanahkan selama dua tahun bagi mengemudi jabatan ini dan hanya mempunyai lapan suku tahun bagi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

“Hari ini saya memulakan ‘Alif’ (perjalanan sebagai Ketua Pengarah AKPS) yang perlu saya lalui selama lapan suku tahun. Apa yang saya lalui dalam lapan suku tahun itu adalah ‘Lam’ saya dan kemudian ‘Mim’, saya tak tahu nak ke mana selepas itu,” katanya.

Mohd. Suhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang telah bersara beberapa bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI