fbpx
Mat Yo telah menandantangani kontrak bersama Kelantan Red Warriors semalam.

Liga A1: Mat Yo sertai Kelantan Red Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) mengikat bekas penggempur Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan itu dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/26.

Pemilik KRW FC, Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata, pasukan itu mengikat kontrak dengan Mat Yo dalam tempoh satu musim.

“Selain mengetuai jentera serangan, Mat Yo akan memainkan peranan membimbing pemain muda. Beliau juga udah tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak di negeri ini kerana pernah beraksi bersama The Red Warriors (TRW) pada 2011 hingga 2012.

“Selain itu, Mat Yo merupakan salah seorang tonggak penting yang memacu TRW merangkul kejuaraan trebel pada musim 2012 lalu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Hafiz Naim memberitahu, persiapan KRW FC sudah mencapai 95 peratus untuk saingan musim depan dan pihaknya ketika ini sedang melengkapkan kuota dua pemain import.

Katanya, selain itu, KRW FC sedang mengintai beberapa lagi tonggak berstatus bintang untuk dibawa masuk ke dalam pasukan itu.

Berdasarkan rekod, Mat Yo pernah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.

Selain itu, Mat Yo juga meledak sebanyak 14 gol sepanjang penampilan sebanyak 83 kali bermula 2007 hingga 2021.

KRW FC merupakan salah satu pasukan yang bersaingan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/26 bersama 15 lagi pasukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI