fbpx
Rumah Mohd. Yusraf Irfan yang musnah terbakar di Kampung Pengkalan Binjai, Kemaman hari ini.

‘Keluar dari bilik air, ruang tamu marak terbakar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang pemuda yang sedang mandi di dalam bilik air panik apabila rumahnya tiba-tiba terbakar di Kampung Pengkalan Binjai, Chukai, di sini hari ini.

Kebakaran pada pukul 11.15 pagi itu disedari Mohd. Yusraf Irfan Mohd. Yusri, 22, apabila dia terhidu bau asap dan terdengar beberapa bunyi letupan kecil sewaktu tengah mandi di dalam bilik air tersebut.

Dia mengesyaki sesuatu tidak kena kerana sebelum itu lampu bilik airnya tiba-tiba terpadam.

“Pada mulanya saya ingat cuma bekalan elektrik terputus, jadi saya teruskan mandi sebelum terhidu bau asap.

“Sebaik keluar dari bilik air, terkejut saya mendapati sebahagian ruang tamu dan bilik air sedang marak terbakar,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Pengkalan Binjai, Chukai, di sini hari ini.

Mohd. Yusraf Irfan berkata, dia sempat mencapai telefon bimbit sebelum meredah api untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai Syed Malikuzzaman Syed Mohd. Zin berkata, api kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 30 minit.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian dialami mangsa masih dalam siasatan, katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN