fbpx

Ibu, anak maut, tayar lori meletup di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori terlibat kemalangan mengorbankan dua beranak di KM 362.9, LPT 2 berhampiran Bukit Besi, Dungun hari ini. (Gambar kecil: Muhammad Al Amin)

DUNGUN – Seorang wanita dan anak lelakinya berusia lima tahun maut, sementara suaminya cedera parah selepas lori dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di di Kilometer 362.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), berhampiran Bukit Besi, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4 petang itu, kedua-dua mangsa Isnaini Mohd., 42, dan anaknya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmy, 5, meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala dan beberapa bahagian badan.

Suami Isnaini, Khairul Syahmy Mat Hassan, 49, yang memandu lori terbabit pula cedera parah.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, sewaktu kejadian, pasangan suami isteri tersebut yang bekerja di sebuah syarikat pembekal perkakasan elektrik dikatakan dalam perjalanan pulang ke Gong Badak, Kuala Nerus selepas menghantar kotak sistem pembumian elektrik di Kuantan, Pahang.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, lori dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan dipercayai akibat salah satu tayarnya pecah.

“Impaknya lori tersebut hilang kawalan lalu terbalik,” katanya kepada dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura berkata, mayat Isnaini dan anaknya, Muhammad Al Amin telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, Khairul Syahmi pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI