fbpx

FAM mahukan penjelasan Cklamovski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CKLAMOVSKI

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Joehari Mohd Ayub mahu bersikap lebih adil dan enggan menjatuhkan hukuman awal kepada pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski yang mendakwa wujud isu dalaman hingga boleh membantutkan perkembangan pasukan kebangsaan.

Sebaliknya, Joehari berpendapat ketika ini adalah wajar untuk semua pihak mendapatkan penjelasan lanjut daripada Cklamovski mengenai maksud sebenar yang cuba disampaikan sekali gus mampu mengelak salah faham.

“Kita memang tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Peter. Saya rasa perkara ini adalah lebih baik ditanya kepada beliau sendiri,” katanya pada sidang media Kongres Luar Biasa FAM, semalam.

Sejurus tamat aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 Jun lalu, Cklamovski mendakwa wujud isu dalaman termasuk unsur politik dan halangan tertentu yang dihadapi pasukan kebangsaan dalam usaha memajukan Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Dalam masa sama, Joehari menjelaskan badan induk itu tidak sesekali mengamalkan amalan ‘cah keting’ hingga boleh merugikan pasukan kebangsaan sendiri sebaliknya akan terus beri sokongan penuh kepada Cklamovski.

“Apa yang saya boleh beri jaminan, sebagai Presiden FAM kita sememangnya beri sokongan 100 peratus atau lebih kepada jurulatih dan pemain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI