fbpx
PARA pemain Fluminense meraikan jaringan kedua ketika menewaskan Inter 2-0 untuk mara ke suku akhir. - AFP

CWC: Fluminense kejutkan Inter Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHARLOTTE – Pengendali Fluminense, Renato Gaucho memuji mentaliti pasukan selepas melakar kejutan mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab 2025 dengan menewaskan salah satu pilihan utama, Inter Milan 2-0 di Stadium Bank of America awal pagi tadi.

Pada aksi pusingan 16 terbaik itu, skuad Tricolor mempamerkan aksi dominan dengan meraih gol menerusi penyudah German Cano dan Hercules untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik.

Kata Gaucho, apa yang dipamerkan oleh pemain bukanlah sesuatu yang mengejutkan tetapi kualiti pemain untuk menyesuaikan diri dengan taktikal baharu dalam tempoh singkat sangat luar biasa.

“Kami tidak pernah bermain seperti ini tetapi sejak beberapa hari lepas, saya percaya formasi dengan tiga pemain di posisi benteng boleh menyekat keupayaan jentera serangan Inter.

“Pujian wajar diberikan kepada barisan pemain yang bekerja keras dan fokus sepanjang perlawanan. Kemenangan ini juga bukti bahawa wakil Brazil boleh bersaing dengan kelab Eropah yang jauh lebih kaya dan ramai pemain berkualiti,” katanya.

Sementara itu, kapten yang juga tonggak pertahanan Fluminense, Thiago Silva mengakui kemenangan diraih adalah sesuatu yang luar biasa tetapi sekarang adalah masa untuk menjalani pemulihan sebelum aksi suku akhir menentang Al-Hilal pada Sabtu ini.

“Kami telah beraksi dengan baik sejak empat perlawanan lepas dan semua tahu bukan mudah untuk bersaing dengan kelab Eropah.

“Saya gembira kerana pemain cukup bermotivasi di atas padang dan membuktikan kualiti yang ada dalam pasukan ini,” kata bekas bintang Chelsea dan Paris Saint Germain itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI