SHAH ALAM – Dua gajet milik penuntut universiti swasta dikatakan telah dilupus dan dibuang oleh suspek utama pembunuhan kes tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan siasatan mendapati telefon bimbit mangsa telah dibuang oleh suspek selepas kejadian.
Katanya, komputer riba milik mangsa pula dilupuskan suspek sama.
“Suspek telah buang telefon bimbit itu dan sudah lupus laptop, kunci dan kad akses (rumah mangsa). Namun, sebahagian kebanyakan barang kes telah berjaya ditemui pihak polis,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.
Jelasnya, polis sedang mengesan seorang lagi saksi yang kini berada di penjara buat masa ini.
“Saksi ini dipercayai telah memiliki beberapa barangan yang dicuri suspek utama itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE