fbpx
Gambar hiasan

Baucar Buku Guru Madani RM100 boleh ditebus bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan pendidik di seluruh negara kini boleh mula menebus Baucar Buku Guru Madani bernilai RM100 khusus buat semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, inisiatif itu boleh ditebus oleh lebih 430,000 PPP bermula 1 Julai hingga 30 September 2025 menerusi platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa)

“PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan ‘TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025’,” kata KPM.

Inisiatif yang disifatkan sebagai hadiah ilmu buat para pendidik itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 baru-baru ini.

Pemberian baucar ini juga sekali gus untuk membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan pendidik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI