fbpx

‘Atuk’ korban buaya Sungai Way Semaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan reptilia itu berenang di dalam air sambil menggigit kepala mangsa. - Instagram

JAKARTA – Seorang warga emas dibaham seekor buaya ketika membersihkan diri selepas mencabut rumput di sebatang sungai di Tanggamus, wilayah Lampung, lapor portal berita NTV News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) di Sungai Way Semaka kelmarin. 

Mangsa dikenali sebagai Wasim, 80, pada awalnya membersihkan rumput sebelum pergi ke sungai untuk mandi. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @info.negri memaparkan reptilia itu berenang di dalam air sambil menggigit kepala mangsa. 

Ketua Polis Semaka, AKP Sutarto berkata, mangsa ditemukan satu jam selepas pencarian dilakukan. 

“Seorang penduduk tempatan bergegas meminta bantuan selepas ternampak pakaian dan seekor buaya yang menggigit mangsa di permukaan air. 

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti di sekitar sungai supaya peristiwa serupa tidak berulang,” tambah Sutarto. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI