fbpx
Zul Ariffin kini bersiap siaga untuk filem aksi terbaharu berjudul Furious. Foto | INSTAGRAM ZUL ARIFFIN

101kg ke 81kg, dua kali Zul Ariffin ‘black out’, hidung berdarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Demi menjayakan watak dalam filem aksi terbaharu, pelakon Zul Ariffin berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh dua bulan.

Pada masa sama, Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin, 39, memaklumkan berlaku beberapa insiden dan gangguan kesihatan mencabar sepanjang proses menurunkan berat badan.

“Hari ini hari ke-60. Genap dua bulan pengorbanan, 20kg turun.

“101kg ke 81kg. Dua kali ‘black out’ (pitam), hidung berdarah sekali.

“Banyak migrain dan pening, rendah karbohidrat, rendah gula, semua rendahlah. Masih dua tiga jam latihan setiap hari,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam hantaran sama, Zul turut berkongsi foto perutnya yang berotot sambil menyertakan lagu Enter Sandman nyanyian band legenda Metallica sebagai latar muzik.

Meskipun tidak yakin pada awalnya, pelakon filem Sangkar itu tetap meneruskan transformasi fizikal demi komitmen terhadap watak.

“Tidak mudah, malah ini merupakan salah satu cabaran terbesar yang saya tempuhi setakat ini. Kali terakhir saya mencuba pada sembilan tahun lalu dan itu hanyalah 13kg.

“Saya kata saya akan melakukannya tetapi secara jujurnya saya berasa tidak yakin sepenuhnya.

“Kadang-kadang anda hanya perlu tempuhinya secara terus. Bersedia untuk mulakan penggambaran Furious,” ujarnya.

Sebelum ini, Zul pernah menurunkan berat badan sebanyak 13kg dan membina ‘six pack’ untuk menjiwai watak menerusi filem Tombiruo dalam masa tiga minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI