fbpx

Wanita dilihat terkapai-kapai sebelum lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita yang belum dikenal pasti identiti ditemukan terapung di sungai dekat Kampung Berjaya di Alor Setar, hari ini.- Gambar ihsan JBPM Kedah

ALOR SETAR – Seorang wanita dilihat dalam keadaan terkapai-kapai di dalam sungai dekat Kampung Berjaya, di sini sebelum mayat mangsa ditemukan terapung pada petang tadi.

Komander Operasi Kanan Zon 1 Kota Setar, Penguasa Bomba Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian lemas pada pukul 8.41 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dimaklumkan seorang wanita dilihat dalam keadaan terkapai-kapai di dalam sungai oleh seorang pekerja syarikat pembersihan.

“Anggota seterusnya melakukan pencarian di permukaan sungai di sekitar lokasi mangsa dipercayai terjatuh dengan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan Sungai Petani,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa kemudian ditemukan dalam keadaan terapung oleh anggota bomba pada pukul 5.25 petang tadi yang mana identiti wanita terbabit tidak dapat dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI