BANGKOK – Pasukan penyelamat menerima aduan kecemasan mengenai seekor ular yang menyusup masuk ke kawasan perumahan di Pattaya, lapor portal berita The Pattaya News kelmarin.
Anggota-anggota penyelamat Sawang Boriboon Thammasathan menuju ke lokasi itu dan mendapati seekor ular sawa telah menyusup ke dalam Masjid Nurul Yakin di Nong Prue.
Ular sepanjang 2 meter dan berat kira-kira 15 kilogram itu bersembunyi di celah ruang pengudaraan pada dinding masjid.
Dengan menggunakan peralatan khusus, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular itu dengan dibantu penduduk setempat.
Ular sawa itu kemudiannya dilepaskan semula ke habitat liar.
Pihak berkuasa menggesa penduduk berhati-hati semasa musim hujan kerana selain ular, pelbagai haiwan berbisa sering mencari perlindungan di kawasan perumahan. – AGENSI