fbpx

Syarikat, majikan swasta diseru sokong sistem TVET negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah ketika berucap pada majlis tersebut di Shah Alam hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO! 

SHAH ALAM – Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat dan majikan memainkan peranan lebih besar dalam menyokong sistem Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, ini termasuk sama ada melalui program perantis, pelaburan dalam akademi korporat, atau pemindahan teknologi.

Katanya, pihak percaya model kerjasama yang inklusif dan mampan antara kerajaan, institusi latihan dan industri adalah kunci untuk memastikan negara tidak hanya memiliki tenaga kerja yang mencukupi tetapi bersedia untuk ekonomi masa hadapan.

“Pendekatan ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memastikan setiap anak muda mempunyai akses kepada pendidikan yang relevan dan boleh dipasarkan.

“Dalam pada itu, kita juga boleh memastikan ekonomi rakyat juga diperkukuhkan seterusnya memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi latihan dan industri,” katanya ketika berucap sempena majlis Konvokesyen Kali ke-5 Akademi McDonald’s Malaysia di sini, hari ini.

Beliau menghargai komitmen dilakukan McDonald’s Malaysia yang telah mengambil inisiatif melaksanakan program latihan vokasional mereka sendiri, selari dengan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Tegasnya, menerusi program itu para belia bukan sahaja memperoleh kelayakan seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) malah boleh melanjutkan pengajian tanpa sebarang bebanan kewangan.

Rubiah memaklumkan beliau difahamkan graduan program ini adalah dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, Asnaf, dan remaja yang datang dari keluarga B40.

“Program dilaksanakan McDonald’s Malaysia tidak meletakkan syarat 100 peratus kepada mereka tetapi industri lain seterusnya membuka potensi lebih besar dalam peroleh peluang kerjaya.

“Inisiatif ini bukan sahaja melahirkan tenaga mahir dalam negara kita malah mengubah sosioekonomi
hidup yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI