fbpx

Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaily (kanan) dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai esok.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi tempoh dua tahun, bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Pelantikan tersebut diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Shamsul Azri turut menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan Mohd Shuhaily untuk menerajui AKPS dengan cemerlang berdasarkan kompetensi dan pengalaman luas beliau di pelbagai unit PDRM, baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

“Dengan pelantikan ini, beliau diyakini dapat memperkukuh kawalan sempadan negara ke tahap tertinggi serta memperteguh budaya integriti dalam perkhidmatan berteraskan nilai-nilai Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily, 53, memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Hubungan Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Sarjana Sains dalam Strategic Studies dari Nanyang Technological University, Singapura.

Beliau berpengalaman luas dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 26 tahun, termasuk pernah berkhidmat sebagai Pegawai Atase Polis di Washington, Amerika Syarikat dari tahun 2010 hingga 2013.

Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengarah JSJ sejak 15 Ogos 2023.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI