fbpx

Penyerang £85 juta pula dalam radar Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EKITIKE (depan) dilihat sebagai calon alternatif jika Arsenal gagal menyambar Gyokeres atau Sesko. - AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan mula memberi tumpuan kepada penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike selepas usaha mereka mendapatkan dua sasaran utama, Viktor Gyokeres dan Benjamin Sesko berdepan jalan buntu.

The Gunners semakin terdesak untuk membawa masuk seorang penyerang baharu musim panas ini selepas dikritik hebat kerana gagal berbelanja besar dalam dua jendela perpindahan terakhir.

Pengarah Sukan Arsenal, Andrea Berta sedang giat mencari alternatif baharu selepas ketiadaan Kai Havertz dan Gabriel Jesus akibat kecederaan musim lalu menambah tekanan kepada barisan pengurusan untuk memperkukuh posisi serangan.

Gyokeres, 27, menjadi sasaran utama Arsenal selepas musim luar biasa bersama Sporting Lisbon dengan menjaringkan 54 gol dalam 52 perlawanan, tetapi rundingan tergendala berikutan harga terlalu tinggi yang ditetapkan kelab Portugal itu.

Cubaan mendapatkan Sesko dari RB Leipzig juga gagal apabila kelab Bundesliga itu menolak tawaran awal sekitar £55 juta (RM328 juta), sebaliknya meletakkan tanda harga mencecah £85 juta (RM506 juta).

Situasi itu membuatkan Arsenal tiba-tiba mengalih perhatian kepada Ekitike, 23, yang begitu cemerlang pada musim pertamanya bersama Frankfurt selepas berpindah daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Namun, seperti dua sasaran terdahulu, isu harga kembali menghantui Arsenal apabila Eintracht turut meletakkan nilai £85 juta (RM506 juta) untuk pemain muda Perancis itu.

“Jika harganya tidak sesuai, dia akan kekal bersama kami. Kami tidak perlu menjualnya,” kata Pengarah Sukan Eintracht, Markus Krosche.

Bagaimanapun, Krosche tidak menolak kemungkinan perpindahan boleh berlaku jika kelab menerima tawaran yang memenuhi permintaan mereka.

“Dia baru berusia 22 tahun dan masih banyak ruang untuk berkembang. Jika dia memutuskan untuk pergi, kami akan lepaskan dia asalkan tuntutan kami dipenuhi,” katanya.

Selain Arsenal, Liverpool dan Chelsea turut dikaitkan dengan Ekitike yang masih terikat kontrak bersama Eintracht sehingga Jun 2029. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI