fbpx

Penduduk Israel fail lebih 40,000 tuntutan ganti rugi kemusnahan perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai perkhidmatan kecemasan Israel mencari mangsa dalam runtuhan bangunan yang terkena peluru berpandu Iran di Beersheba pada 24 Jun lalu. - AFP

TEL AVIV – Lebih 41,550 tuntutan pampasan difailkan oleh penduduk Yahudi akibat kemusnahan besar dalam perang Israel menentang Iran, lapor laman berita Al Mayadeen semalam.

Data menunjukkan kebanyakan kerosakan berpunca daripada misil yang mengenai bangunan kediaman dengan sebanyak 32,975 tuntutan difailkan membabitkan rumah dan struktur lain. 

Sementara itu, 4,456 tuntutan lagi melibatkan kerosakan peralatan serta kelengkapan rumah dan 4,119 berkaitan kerosakan kenderaan.

Anggaran awal menunjukkan kos kerosakan melebihi 5 bilion shekel (RM6 bilion), meskipun ribuan tuntutan masih dalam proses semakan atau belum dikemukakan secara rasmi.

Setakat ini, agensi kerajaan dan insurans menjangka akan menerima lebih banyak tuntutan selepas penilaian kerosakan selesai dan penduduk kembali ke kediaman masing-masing.

Pendedahan tersebut menyerlahkan beban ekonomi dan logistik yang ditanggung dalam konflik tersebut dan mengundang kritikan hebat dalam kalangan rakyat terhadap tahap kesiapsiagaan, keupayaan bertindak, dan ketahanan infrastruktur Israel.

Israel mengaku  lebih 50 peluru berpandu Iran mengenai sasaran sepanjang perang 12 hari tersebut, namun tahap kerosakan sebenar masih menjadi tanda tanya akibat sekatan media yang ketat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI