fbpx

Pelajar keluar malam akan dihantar ke sekolah pondok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sejumlah pelajar sekolah di Indonesia. - Foto AFP

JAKARTA  – Pemerintah wilayah Sidenreng Rappang, Sulawesi Selatan akan menghantar murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah ke sekolah pondok jika melanggar peraturan keluar malam, lapor portal berita Detikcom hari ini.

Ketua wilayah Sidenreng Rappang, Syaharuddin Alrif berkata, jika anggota-anggota pihak berkuasa perbandaran menangkap murid dan pelajar pada waktu malam, mereka akan dihantar ke sekolah pondok.

Beliau menjelaskan, peraturan tersebut yang akan dilaksanakan esok, bertujuan melindungi murid dan pelajar daripada terjebak dengan kancah kejahatan.

Katanya, ia juga bertujuan menerapkan disiplin agar murid dan pelajar lebih fokus belajar bersama keluarga.

“Biar anak-anak fokus belajar di rumah dan bukan keluar pada waktu malam kerana masa depan mereka masih panjang,” tambahnya seperti dilaporkan portal berita Fajar Sulsel.

Beliau berkata, murid dan pelajar juga diwajibkan datang ke masjid setiap malam Khamis atau malam Jumat bagi memperkuatkan asas agama mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI