fbpx

Masa depan kem terjun negara cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN penerjun negara bergambar meraikan kejayaan muncul juara keseluruhan Kejohanan Akuatik Remaja Asia di Singapura.

KUALA LUMPUR – Skuad terjun remaja negara dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Akuatik Remaja Asia ke-47 2025 di Singapura selepas meraih 13 pingat emas, lapan perak dan empat gangsa iaitu pencapaian terbaik sejak menghantar penyertaan penuh ke kejohanan tersebut.

Pengarah teknikal kem terjun negara, Yeoh Ken Nee menyifatkan keputusan itu sebagai hasil perancangan rapi dan tindakan menghantar pasukan penuh, berbeza daripada edisi-edisi terdahulu.

“Kali ini kita hantar pasukan penuh, memang kita sasarkan untuk menjadi juara keseluruhan. Sebelum ini kita hantar sebahagian sahaja,” katanya selepas dihubungi Kosmo! hari ini.

Bagaimanapun, Ken Nee mengingatkan agar kejayaan juara keseluruhan tidak dinilai secara luaran semata-mata kerana masih banyak aspek teknikal perlu diperhalusi sebagai persediaan menghadapi cabaran lebih besar menjelang Sukan SEA 2027.

Menurutnya, objektif sebenar skuad negara adalah persiapan ke arah Sukan SEA 2027 dan ini menjadi penanda aras berbanding pesaing serantau seperti Vietnam, Singapura dan Thailand.

Bekas penerjun negara itu turut menegaskan kekuatan utama skuad terjun negara ketika ini ialah konsistensi, namun penerjun-penerjun kebangsaan perlu terus menambah baik aspek tahap kesukaran terjunan untuk mengatasi saingan rapat.

“Saya kira atlet kita mempunyai konsistensi. Tapi kita boleh tewas kepada negara jiran jika mereka capai tahap konsistensi pada hari pertandingan, ditambah dengan tahap kesukaran yang lebih tinggi,” katanya.

Ken Nee berkata, pasukan kejurulatihan akan menilai prestasi semua atlet remaja sebelum membuat keputusan menghantar mereka ke kejohanan antarabangsa lain termasuk Kejohanan Remaja Dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI