fbpx

Mangsa nahas bas UPSI mahu tuntut ganti rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN bas persiaran yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI di Gerik pada 9 Jun lalu.

PETALING JAYA – Mangsa nahas bas persiaran yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu akan membuat tuntutan ganti rugi kepada pihak berkaitan bagi mendapatkan keadilan.

Pengarah Advokasi Khidmat Guam, Dr. Mahmud Jumaat ketika dihubungi mengesahkan akan mewakili mangsa yang terlibat dalam nahas ngeri tersebut.

“Ya, kami akan mengumpulkan bukti dan menyerahkan notis kepada syarikat insurans pada Isnin ini (hari ini),” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu menerusi hantaran Facebook, Mahmud memaklumkan mangsa kemalangan, Abdul Wafiy Kamarudin, 23, boleh menjadi saksi untuk mengesahkan kejadian yang berlaku.

“Dalam ramai-ramai (mangsa, Wafiy antara pelajar yang sedar ketika dalam perjalanan ke UPSI. Dimaklumkan, dia tengah layan lagu Micheal Jackson sebelum berlakunya kemalangan tersebut.

“Kebanyakan mangsa yang saya tanya sedang tidur sebelum kejadian ngeri tersebut berlaku. Waktu kejadian pun sekitar 1 pagi. Berkat doa ibu dan ayah dia selamat dengan hanya kecede­raan ringan di siku. Inilah keajaiban dalam kes ini.

“Namun, dia tekad untuk menun­tut bela atas kematian kawan-kawan lain terutama mereka yang cacat kekal akibat kemalangan ini,” katanya.

Beliau bersyukur apabila Allah SWT menghadirkan Abdul Wafiy sebagai saksi untuk membantu mangsa-mangsa lain.

“Segala bukti dan keterangan saksi telah kita peroleh. Insya-Allah Isnin (hari ini) kita akan serahkan Notis 96 Akta Pengangkutan Jalan Raya dan mula jalankan kerja,” katanya.

Sebelum ini, Mahmud bersama pasukan peguamnya berada di Besut dan Setiu, Terengganu untuk bertemu mangsa dan keluarga bagi menawarkan bantuan selain nasihat guaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI