fbpx

Lawatan PM guna penerbangan sewa khas, jimat masa, kos terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga pusat ekonomi utama dunia bermula esok hingga 7 Julai ini menggunakan perkhidmatan penerbangan sewaan khas daripada syarikat Malaysia Airlines.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira jadual padat tiga negara tanpa transit panjang melibatkan destinasi Rom, Itali, Paris, Perancis dan Rio de Janeiro, Brazil.

“Selain itu, penyelarasan di mana delegasi kerajaan dan perniagaan berlepas dan tiba bersama, menjamin kehadiran tepat waktu untuk semua mesyuarat dan sesi libat urus,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Tunku Nashrul menegaskan, kos penerbangan bagi delegasi rasmi kerajaan akan ditanggung penuh oleh kerajaan, manakala delegasi peniagaan akan menanggung sendiri kos masing-masing.

“Kesemua delegasi perniagaan akan tetap berada di ketiga-tiga negara terlibat. Berikutan itu, Perdana Menteri menjemput mereka untuk ikut serta dalam delegasi besar Malaysia supaya dapat menjimatkan kos semua pihak.

“Ini termasuk memastikan penyelarasan yang lebih teratur di ketiga-tiga negara tersebut.

“Jadi di sini ingin saya tegaskan sekali lagi tidak berlaku sebarang konflik kepentingan melibatkan kerajaan dan delegasi peniagaan,” katanya.

Antara delegasi perniagaan yang akan menyertai misi berkenaan adalah Petronas, Khazanah, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, FGV, YTL Power dan Sunway.

Katanya, lawatan ini mengukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, membuka pasaran baharu serta mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

Pada masa sama, kehadiran Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak BRICS mengangkat suara ASEAN dalam tadbir urus global, serta memastikan Agenda Selatan-Selatan terus dipertingkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI