fbpx

Kilang kapas musnah 90 peratus dalam kebakaran di Rawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang kapas yang musnah dalam kebakaran di Bandar Country Homes, pagi tadi. Foto BOMBA.

RAWANG – Sebuah kilang kapas musnah dalam kejadian kebakaran di Batu 22, Jalan Kundang, Bandar Country Homes, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.14 pagi.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi pada kira-kira 11 minit selepas panggilan diterima.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang jenis kelas A berkeluasan 300 x 200 kaki persegi dengan anggaran 90 peratus struktur bangunan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 23 anggota dari BBP Rawang bersama bantuan pasukan dari BBP Bestari Jaya, Sungai Buloh dan Selayang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, pasukan bomba menggunakan empat aliran dan tujuh pancutan untuk memadamkan api.

“Kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.25 pagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI