fbpx

Jangan khianati kesetiaan penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYOKONG bola sepak Kelantan membuktikan kesediaan mereka memenuhi stadium sekiranya pasukan bertanding mampu memberikan aksi terbaik. - FB TRW TREBLE

BEKAS pengendali kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menggesa pasukan dan pemain yang bakal mewakili kelab dari Kelantan dalam mengharungi saingan domestik musim depan untuk memberikan aksi terbaik.

Rajagobal yang pernah melatih Kelantan pada 2001 hingga 2002 akui teruja melihat ‘kemunculan semula’ penyokong ketika menyaksikan persahabatan antara bekas pemain Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat lalu.

“Saya selalu ingatkan pemain setiap kali masuk padang, beri sehabis baik dan cuba hargai sokongan peminat dengan mempamerkan permainan terbaik. Soal menang atau kalah, ia sudah jadi perkara nombor dua, tetapi paling penting kita sendiri kena serlahkan aksi berkualiti.

“Sambutan yang ditunjukkan agak luar biasa dan bagi saya minat terhadap bola di Kelantan cukup hebat. Apa yang ditunjukkan adalah bukti minat terhadap bola sepak di Kelantan masih ada.

“Mereka tidak pernah ‘hilang’ malah sampai sekarang pun ada ‘orang Kelantan’ ingat dan sentiasa tegur saya,” katanya yang turut berkongsi pengalamannya dalam buku autobiografi bertajuk ‘Inilah Saya’.

Pada aksi persahabatan, Jumaat lalu, lebih 20,000 penyokong hadir ke stadium hingga melimpah ke kawasan tepi padang dan situasi itu nyata menggamit era kegemilangan Kelantan kira-kira 10 ke 12 tahun lepas.

Musim baharu selepas ini, Kelantan akan diwakili Kelantan Darul Naim FC dalam saingan Liga Super manakala Kelantan WTS FC dan Kelantan Red Warriors FC akan bermain di pentas Liga A1 Semi Pro.

“Apabila lihat apa yang jadi pada perlawanan itu, saya teringat detik-detik saya semasa melatih Kelantan. Dulu pun Kelantan ada banyak pasukan tetapi sokongan tetap menarik dan saya harap dapat lihat perkara sama selepas ini,” kata Rajagobal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI