fbpx

Hamidin dilantik Presiden Kehormat FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub (tengah) mempengerusikan Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2025, hari ini. - FARIZ RUSADIO

SUBANG JAYA – Mantan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin kini kembali menyertai badan induk itu selepas dilantik sebagai Presiden Kehormat.

Keputusan itu dibuat selepas Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2025 dan ia dibuat selari mengikut Artikel 22 Statut FAM.

FAM menerusi kenyataan hari ini menjelaskan pelantikan Hamidin adalah berdasarkan kredibiliti, pengalaman serta sumbangan besar beliau terhadap pembangunan bola sepak tanah air dan antarabangsa selama lebih 30 tahun.

“Artikel 22 Statut FAM memperuntukkan bahawa Kongres FAM boleh menganugerahkan gelaran Presiden Kehormat FAM atau Ahli Kehormat FAM kepada mana-mana individu yang memberikan sumbangan cemerlang kepada pembangunan bola sepak,” menurut kenyataan FAM.

Untuk rekod, Hamidin pernah memimpin FAM dari 2018 hingga 2024 menjadi individu kedua dilantik sebagai Presiden Kehormat badan induk itu selepas Almarhum Sultan Ahmad Shah.

“Bagi gelaran Presiden Kehormat FAM, individu berkenaan pernah memegang jawatan Presiden FAM manakala bagi Ahli Kehormat FAM, individu berkenaan pernah menganggotai Jawatankuasa Eksekutif FAM.

“Gelaran ini diberikan atas penamaan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM dan individu tersebut boleh menghadiri Kongres FAM serta menyertai perbahasan namun tidak mempunyai hak untuk mengundi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI