KOTA KINABALU – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang ahli perniagaan didakwa terbabit kes rasuah berkaitan pengeluaran lesen cari gali mineral hari ini.
Dua ADUN berkenaan ialah ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Andi Bandy.
Ahli perniagaan terlibat pula dikenali sebagai Albert Tei. Pertuduhan berjalan di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu.- KOSMO! ONLINE