ATLANTA – Pengendali Inter Miami, Javier Mascherano mengakui pasukannya memperoleh pengajaran berguna selepas dibelasah jara Eropah, Paris Saint-Germain 0-4 pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab di Stadium Mercedes-Benz awal pagi tadi.
Di sebalik kekecewaan, Mascherano kekal positif dan percaya anak-anak buahnya memperoleh manfaat besar kerana menimba pengalaman berharga menentang gergasi berkualiti seperti PSG.
Bagaimanapun, kapten Miami yang juga bekas penyerang PSG, Lionel Messi menjadi topik utama kepada kekalahan itu di mana wujud rasa simpati di kalangan para peminat terhadap pemenenang Ballon D’Or lapan kali tersebut.
“Ada pengajaran berguna yang kami boleh belajar daripada perlawanan ini dan kami akan menilai semula aksi ini. Saya fikir kami pastinya memboleh pengalaman terbaik untuk menentang pasukan seperti ini.
“Saya juga merasakan perlawanan ini akan mebantu pasukan untuk mengharungi perlawanan domestik. Tidak hanya buat pemain tetapi pengalaman ini pastinya dapat dimanfaatkan oleh semua orang secara berpasukan,” katanya.
Mascherano tidak pernah menyalahkan mana-mana pemain kerana akur jurang kualiti dan kecerdasan pemain antara kedua-dua pasukan, malah turut memuji impak diserlahkan oleh rakan sejawatnya di PSG, Luis Enrique.
“PSG adalah pasukan yang hebat dan mereka memiliki pemain berkaliber, begitu juga dengan jurulatih mereka yang saya sendiri cukup mengenalinya secara peribadi,” katanya. – AGENSI