fbpx

CWC: Man. City tak rela diaibkan Al-Hilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG City, Erling Haaland kekal sandaran utama untuk merobek gawang Al-Hilal awal pagi esok. - AFP

ORLANDO – Manchester City seakan sudah kembali menemui kualiti sebenar dan kini berada di landasan tepat untuk mendapatkan trofi tunggal bagi saingan musim ini.

Kejayaan meledak 13 gol dalam dalam tiga aksi Kumpulan G membuktikan kualiti yang ada pada The Citizens untuk berdepan jaguh Asia, Al-Hilal pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab di Stadium Camping World awal pagi esok.

Kejayaan di pentas Piala Dunia Kelab pastinya akan menutup musim suram City yang ketika ini tidak mampu memenangi sebarang piala termasuk terpaksa melepaskan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris kepada Liverpool.

“Saya gembira dengan pasukan dan pemain perlu tahu apa yang perlu kami lakukan. Untuk mara lebih jauh, kami perlu tewaskan pasukan terbaik, sama ada di peringkat lebih awal atau pun sebaliknya.

“Paling penting kami perlu ada keyakinan untuk melakukan tugas dengan baik sekali lagi. Saya dapat rasakan apa yang dirasakan oleh pemain dan saya tidak perlu memberitahu kerana mereka sendiri sudah merasakan yang kami mampu bersaing,” katanya.

Walaupun terdapat jurang kualiti, City harus elak sikap leka memandangkan Al-Hilal berjaya mencipta sensasi selepas mengikat gergasi Eropah dan Sepanyol, Real Madrid 1-1 pada perlawanan pertama.

“Kami mahu kekal berada di pertandingan ini lebih lama dan sudah pasti kami begitu mengidamkan untuk memenangi Piala Dunia Kelab kerana trofi cukup penting buat kami sebagai satu pasukan,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI