fbpx

CWC: Al-Hilal ada potensi kejutkan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-HILAL mempunyai keupayaan tersendiri seperti dibuktikan ketika mengikat Real Madrid 1-1 sebelum ini. - AFP

ORLANDO – Pengendali Al-Hilal, Simone Inzaghi cuba meredakan tekanan pemainnya apabila tidak terlalu menagih harapan untuk mencipta kejutan ke atas Manchester City pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab di Stadium Camping World awal pagi esok.

Walaupun sedar komitmen perlu dilunaskan bagi menghadirkan sesuatu yang membanggakan buat arena bola sepak Asia, Inzaghi mahu barisan pemainnya mengambil peluang untuk mendapatkan ilmu baharu daripada pengurus pasukan lawan, Pep Guardiola.

Inzaghi juga menzahirkan rasa hormat kepada Guardiola yang disifatkannya sebagai pengurus terbaik dalam arena bola sepak global.

Paling menarik, perlawanan itu juga lebih menjurus kepada perhitungan dua jurulatih untuk menghadirkan perbezaan bagi mendapatan keputusan positif buat pasukan masing-masing.

“Keputusan yang Pep (Guardiola) capai sudah terbukti kualiti yang ada pada dirinya. Pep kekal berdaya saing, membangunkan bola sepak dengan idea dan taktikal baharu. Jadi perlawanan ini cukup penting buat pemain dan pasukan kami.

“Ia akan memberikan pengalaman dan motivasi baharu buat seluruh pasukan memandangkan Guardiola sudah pun memacu pasukannya dengan keputusan hebat,” kata Inzaghi.

Al-Hilal berjaya mencipta sensasi pada penyertaan kali ini apabila mengikat gergasi Sepanyol, Real Madrid 1-1 pada perlawanan pertama Kumpulan H sebelum terikat tanpa jaringan dengan RB Salzburg dan menang 2-0 ke atas wakil Mexico, Pachuca CF. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI