fbpx

Bomba diserang hendap, 2 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA anggota bomba mati ditembak di Kootenai. - Foto ABC News

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya dua anggota bomba ditembak mati ketika mereka memadamkan  kebakaran di negeri Idaho, kata pihak berkuasa.

Syerif Robert Norris berkata, mereka diserang hendap oleh seorang atau lebih ramai penyerang.

Menurutnya, kebakaran itu pula sengaja dilakukan bagi mengumpan anggota-anggota bomba sebelum menyerang mereka.

Mangsa ditembak semasa memadamkan kebakaran di lereng sebuah gunung di daerah Kootenai yang merupakan destinasi pendakian popular.

“Kami mengesahkan dua kematian. Angka korban sebenar bagaimanapun tidak diketahui. Ini kerana terdapat orang awam yang turun dari gunung itu,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Norris berkata, serangan itu dilakukan dengan raifal berkuasa tinggi. Matlamat pihak berkuasa, katanya, adalah mengesan dan menangkap penyerang.

Dia juga tidak  pasti sama ada terdapat lebih daripada seorang penembak.

Gabenor Idaho, Brad Little menyifatkan kejadian itu sebagai serangan kejam ke atas anggota pasukan bomba. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI