fbpx

Berduyun-duyun serbu pokok mahu ambil ‘air berkat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai datang untuk mengambil air dari akar pokok di Kampung Tapos. - Tribun Tangerang

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Tangerang, wilayah Banten menyerbu sebatang pokok beringin besar bagi mengambil air jernih yang tiba-tiba muncul dari akarnya, lapor laman berita Lambe Turah hari ini.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Tinah berkata, air itu pertama kali ditemukan kira-kira 10 hari lalu selepas seorang penduduk mengakui mendapat petunjuk daripada mimpi.

“Belum pun sampai dua minggu mata air ini ditemukan, penduduk berduyun-duyun datang untuk mengambil air,” katanya.

Fenomena itu tular di media sosial, di mana video mengenainya menunjukkan orang ramai mengambil air dari pokok tersebut.

Mereka membawa pelbagai jenis bekas untuk mengambil air yang dipercayai berkat itu, termasuk baldi dan botol air mineral.

“Rasanya seperti air mineral biasa. Saya sudah minum dan tidak berasa sakit perut, malah begitu menyegarkan,” kata Tinah.

Mengulas mengenai fenomena itu, Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Daerah Tigaraksa, Idrus mengingatkan penduduk agar tidak mengaitkan penemuan tersebut dengan perkara mistik atau kepercayaan tertentu.

“Ini mungkin sudah menjadi ketentuan Allah SWT. Namun, saya menyeru orang ramai supaya tidak meletakkan objek karut yang pelik, apatah lagi untuk mengkomersialkannya. Ambil sahaja (air),” kata Idrus. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI