fbpx

Ayam, lembu, kambing tak kena SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ayam, lembu dan kambing antara barangan belum diproses yang tidak dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula esok.

Barangan belum diproses lain serta tidak dikenakan SST ialah ikan tilapia, ikan tongkol, udang, sotong, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan serta beras, barli, oat dan gandum.

Barang telah diproses yang tidak dkenakan SST pula ialah tepung, sardin dalam tin, gula, garam, roti putih, pasta, bihun, mi, mi segera dan minyak masak.

Selain itu, barangan lain yang tidak dikenakan SST turut merangkumi susu, Milo, Vico dan Nestum.

Dalam masa sama, ubatan dan peranti ubatan, buku, jurnal dan surat khabar, makanan ternakan dan peliharaan, bahan asas pembinaan iaitu simen, batu dan pasir, baja dan racun serta jentera pertanian dan penternakan turut dikecualikan SST.

Berkuat kuasa pada 1 Julai 2025, skop cukai perkhidmatan diperluaskan meliputi enam jenis perkhidmatan iaitu sewaan atau pajakan, kerja pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Pelaksanaan semakan dan perluasan skop SST yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat terbanyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI