fbpx

Wanita dera anak angkat ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular keadaan kanak-kanak perempuan itu.

 

KUALA SELANGOR – Seorang wanita berusia 54 tahun ditahan polis kira-kira pukul 8.15 malam semalam bagi membantu siasatan kes dera remaja perempuan yang juga anak angkatnya di Taman Bendahara, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penderaan dan pengabaian mangsa pukul 6.40 petang hari sama.

“Bertindak atas laporan itu, polis segera menjalankan siasatan lanjut. Kita kemudian menahan seorang wanita yang juga ibu angkat mangsa di Taman Bendahara. Remaja itu kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tanjong Karang,” katanya malam ini.

Azaharudin berkata, suspek wanita itu direman selama enam hari sehingga 4 Julai depan membantu siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala selangor di talian 03-3289 1222 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI