PETALING JAYA – Seorang lelaki menjadi perhatian wanita warga emas gara-gara wajahnya seiras vokalis Hujan, Noh Salleh ketika berada di dalam pesawat.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Nuramintalib, wanita itu dengan yakin menegur lelaki tersebut yang disangka selebriti terkenal, malah turut merakam gelagatnya bersama rakan-rakan.
“Kejadian itu berlaku lebih kurang 15 minit, mak cik itu tegur dulu ‘kau ini artis kan dik, aku selalu nampak dalam televisyen?’. Saya nafi sambil gelak, tetapi dia tetap tak percaya.
“Lepas dah banyak kali saya nafikan, baru isteri saya mula rakam. Akhirnya saya ‘iya’ kan juga, barulah mak cik itu puas hati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan insiden tersebut dan memuji keyakinan wanita berkenaan.
“Noh Salleh tengok ni… mesti dia gosok mata tak percaya ‘rupa aku macam tu ke’. Apapun mak cik tu kelakar sebab yakin,” kata Nur Hadi.
“Ini Noh Hujan ‘copy ori’,” seloroh seorang pengguna.
“Salah tak apa mak cik, yang penting yakin tu kena ada,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@nuramintalib Situasi ni berlarutan adalah dalam 15 minit, dia yang tegur dulu “kau ni artis kan dik, aku selalu nmpak dia dalam TV?” Sambil dia yakin kan kawan-kawan dia yang lain, aku pun nafikan macam biasa sambil gelak-gelak, akak ni tak puas hati dia ingt aku ngelat hahaha…pastu ini dah hujung-hujung penafian dari aku kepada kakak ni tu barulah wife start record😂 aku ia kan baru akak ni puas hari hahahaha….tapi fans kali ni paling bold & aggressive pernah aku handle hahaha… #hujan #rainger #awaktakperasankitasebabawakperasanawakcantik #akujiwakosong @Noh Salleh ♬ original sound – Nuramin Talib