fbpx

Tiga maut, bot karam di Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa yang selamat dalam insiden bot karam di Pulau Perhentian, Besut malam tadi.

BESUT – Tiga individu maut, manakala seorang parah dalam kejadian bot karam di Pulau Perhentian dekat sini malam tadi.

Difahamkan bot yang dinaiki 16 penumpang tersebut karam akibat dipukul ribut di hadapan sebuah resort di pulau peranginan tersebut pada pukul 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, bantuan sedang digerakkan dari Jeti Kuala Besut di sini.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut akan dimaklumkan dalam sidang akhbar tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI