fbpx

Tiada rakyat Malaysia terbabit gerakan militan warga Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution (dua dari kiri) merasmikan majlis peluncuran Kampung Angkat Madani Rela di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tiada rakyat tempatan direkrut dalam gerakan militan radikal berpaksikan fahaman ekstremis dan ideologi keganasan berkaitan warga Bangladesh yang diberkas baru-baru ini.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil risikan dan siasatan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), keanggotaan kumpulan membawa masuk fahaman pelampau itu hanya membabitkan warga Bangladesh.

“Berdasarkan siasatan, aktiviti keganasan tersebut bermotifkan menjatuhkan kerajaan di negara (Bangladesh) asal mereka sahaja. Kalau aktiviti (militan) ini tidak dibendung atau ditangani sambil lewa, ia akan beri kesan besar kepada keselamatan negara.

“Sebarang percubaan jadikan Malaysia pengkalan bagi menggerakkan apa-apa aktiviti keganasan atas apa motif sekalipun akan banteras habis-habisan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Sukarelawan Malaysia di Kuala Berang di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, keutamaan kerajaan adalah mengekalkan keamanan serta ketenteraman awam dan hebahan kejayaan melumpuhkan gerakan militan warga Bangladesh terbabit bagi menunjukkan kesiapsiagaan tinggi pasukan keselamatan negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI