fbpx

Qabil Irfan bangkit sambar podium di Aragon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QABIL Irfan menyambar podium tempat kedua di Aragon, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelumba muda berbakat, negara, Qabil Irfan Azlan bangkit menamatkan perlumbaan pusingan ketiga Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Aragon di kedudukan podium tempat kedua, hari ini.

Pelumba berusia 13 tahun dari Frando Racing VHC Team itu memulakan Perlumbaan 2 tersebut dengan garang apabila berjaya menempatkan diri di kedudukan pertama perlumbaan 11 pusingan itu.

Namun, anak jati Terengganu itu menerima cabaran sengit daripada pencabar lain sebelum terpaksa akur di tempat kedua, apabila hanya dipisahkan 0.018 saat daripada juara perlumbaan, Alessio Arnold dari pasukan Fullmoto Squadra Corse.

Pelumba dari Aspar KBS Technical Academy, Enzo Zaragoza melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga.

QABIL Irfan kini mendahuli carta teratas dengan mengumpul 135 mata.

“Perlumbaan hari ini sangat sukar dan cuaca sangat panas, tapi saya tetap gembira dapat naik podium. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menyokong saya,” katanya yang berasal dari Terengganu.

Hasil keputusan cemerlang di Aragon, Qabil terus mengukuhkan cengkamannya di kedudukan teratas carta keseluruhan ESBK Talent 2025 dengan mengumpul 135 mata, meninggalkan pencabar terdekat, Izan Rodriguez Alvarez (92 mata), manakala Arnold kini di tempat ketiga dengan 82 mata.

Selepas ini, Qabil akan mengalihkan tumpuan ke perlumbaan pusingan keempat yang dijadual berlangsung Litar Navarra, Sepanyol dari 17 hingga 20 Julai ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI