fbpx

Penunggang motosikal BMW maut digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan yang berlaku di Kilometer 254.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, petang semalam yang menyebabkan seorang penunggang motosikal BMW maut. - Foto PDRM

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan ngeri selepas digilis treler di Kilometer 254.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa berusia 51 tahun yang menunggang motosikal jenis BMW meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah trak pikap jenis Ford Ranger dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun, bersama penumpang wanita berusia 54 tahun, dipercayai memandu di lorong kecemasan dari arah Rembau menuju ke Shah Alam.

“Setiba di lokasi kejadian, pemandu Ford Ranger telah membrek secara mengejut di lorong kecemasan, menyebabkan sebuah motosikal BMW yang berada di belakang cuba mengelak, namun terlanggar cermin lampu belakang sebelah kanan kenderaan tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal terbabit tercampak ke lorong sebelah kanan (lorong kiri) dan digilis oleh sebuah treler yang datang dari arah sama,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, selepas insiden itu, datang sebuah lagi motosikal dari arah belakang gagal mengelak dan merempuh belakang Ford Ranger yang masih berada di lorong kecemasan.

Katanya, pemandu dan penumpang Ford Ranger tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala status penunggang motosikal kedua masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI