fbpx

Pemandu, penumpang bas wajib pakai tali pinggang keledar mulai 1 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly (tiga dari kiri) semasa hadir ke Perhimpunan Setia JPJ di Dewan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Semua pemandu, penumpang bas ekspres dan persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar bermula 1 Julai ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, individu yang ingkar akan berdepan notis saman sebanyak RM300.

“Sebelum ini, kita mengambil pendekatan advokasi, namun bermula Selasa ini kita akan melaksanakan secara tegas.

“Jika pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang mengenai penguatkuasaan itu, mereka (pemandu) akan turut dikenakan tindakan saman termasuk syarikat pengendali bas,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Setia JPJ di Dewan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly memberitahu, pemakaian tali pinggang keledar itu dikuatkuasakan terhadap bas yang dibuat selepas Januari 2020, manakala bas yang diperbuat sebelum 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu.

“JPJ ketika ini sedang melaksanakan sesi libat urus dengan pemain industri untuk memasang tali pinggang keledar dan arahan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI