HEBOH peminat penyanyi dan pempengaruh Cik B selepas mengikuti perkongsian anak Datuk Seri Vida itu dalam sebuah program audio siar, baru-baru ini.
Mana tidaknya, pucuk muda berusia 20 tahun itu mendedahkan pernah tersesat ke alam bunian ketika berkunjung ke Cameron Highlands pada waktu tengah malam.
Rupa-rupanya, berdasarkan perkongsian, Cik B mempunyai kelebihan melihat benda ghaib sejak kecil lagi.
Tidak hairan kalau berdasarkan ceritanya dia juga pernah merawat seorang individu yang terkena sihir atas izin Allah.
Tapi bukan perkara itu yang Diva nak sentuh, sebaliknya tindakan ibunya yang juga usahawan tersohor Datuk Seri Vida.
Sebagai ibu tentu sahaja beliau risau tambahan pula dengan insiden terbaharu yang membawanya sampai tersesat ke alam ghaib.
Difahamkan, wanita terbabit sudah berusaha menutup hijab Cik B agar anak sulungnya itu tidak lagi boleh melihat alam ghaib.
Walaupun ramai menyatakan pancaindera dimiliki Cik B sebagai kelebihan, hakikatnya hanya keluarga sahaja yang mengetahui situasi dilaluinya.
Diva: Kasihan seorang selebriti yang kini sakit difahamkan akibat sihir.