fbpx

EPL: Pemain pertahanan menyesal sertai Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YORO (kiri) didakwa menyesal memilih ke United ketika khidmatnya turut ditagih Real sebelum ini. - AFP

MADRID – Pemain pertahanan Manchester United, Leny Yoro dilapor menyesali keputusannya menolak tawaran daripada Real Madrid dan memilih untuk bersama kelab England itu yang melalui musim buruk pada kempen lalu.

Real dilapor terlebih dahulu menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Yoro dari Lille, namun pemain berusia 19 tahun itu memilih untuk menyertai United pada musim panas tahun lalu dengan nilai perpindahan £58.9 juta (RM341.43 juta).

Bagaimanapun, karier Yoro tidak berjalan dengan baik apabila dia mengalami kecederaan pada aksi pramusim sebelum kembali dengan melakukan 33 penampilan musim lalu termasuk meledak satu gol dan satu umpanan jaringan.

Laporan di Sepanyol menyebut bahawa Yoro ketika ini menyesal dengan keputusannya ke Old Trafford dan mendakwa keengganannya untuk memilih Real kerana faktor tawaran mewah yang diberikan oleh United.

Faktor prestasi United sepanjang musim lalu dengan keputusan memecat Erik Ten Hag dan kehadiran Ruben Amorim yang gagal memulihkan pasukan dianggap menyumbang kepada kekecewaan yang dialami Yoro.

Bagaimanapun, ketika pasukan tersebut berdepan masalah berkenaan, Yoro muncul sebagai antara pemain yang mendapat kepercayaan Amorim dan sentiasa membarisi kesebelasan utama pasukan.

Perkembangan itu membolehkan dia mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris dengan lebih matang dan meraih banyak pengalaman untuk muncul antara pemain pertahanan muda terbaik di Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI